Kupasan Lengkap Tentang Saham IPO di Malaysia

Saham IPO bermaksud ‘Initial Public Offering’ dalam makna kata yang lain, saham IPO adalah saham yang ditawarkan kepada orang awam. Berbeza dengan saham biasa, saham IPO merupakan saham yang dibuat untuk ‘raising fund’ oleh syarikat tertentu.

Ini peluang anda untuk beli saham IPO secara terus.

Analogi ringkas

Bayangkan anda sebuah startup seperti Uber Grab kemudian anda ingin mendapatkan dana dari pelabur. Peringkat awal mungkin tidak mendapat perhatian para pelabur disebabkan baru bermula. Kemudian bila sudah mencapai milestone tertentu, startup tersebut akan melalui stage berikut:

  • Seed Funding
  • Series A
  • Series B
  • Series C dan seterusnya..

Selepas habis stage ini, startup akan memilih untuk raising fund di pasaran saham. Justeru, mereka harus menerbitkan IPO supaya semua pelabur yang berminat boleh turut serta memegang sebahagian saham syarikat.

Kenapa Mesti IPO

  1. Potensi Keuntungan Lebih Tinggi dan Pantas Berbanding Saham Lain

Disebabkan demand melebihi supply. Perhatikan fakta berikut:

  • Vetece IPO oversubscribed 187x
  • Elridge IPO oversubscribed 29x
  • UUE oversubscribed 103.83x

Bermakna terlalu ramai orang ingin mendapatkan IPO tersebut.

2. Serius menjadi pelabur sesebuah syarikat

Saham bermaksud pemilikan syarikat yang beroperasi dan apabila anda mendapat saham syarikat A bererti anda sudah pun menjadi sebahagian dari syarikat tersebut. Anda boleh ke Annual General Meeting dan vote untuk usul halatuju syarikat.

3. Masih pada harga diskaun

Saham syarikat yang pergi ke Bursa melalui perlu mengemukakan harga cadangan iaitu harga IPO. Katakan anda berjaya mendapat saham selepas permohonan manakala yang tidak Berjaya akan cuba membeli pada harga pertama. Di sinilah peluang anda untuk merebut saham IPO pada harga diskaun berbanding sudah tersenarai di Bursa.

  • Portfolio Diversification

Disebabkan ramai sudah melihat IPO salah satu lubuk untuk mencetak wang, sebahagian pelabur sudah pun mendiversfikasikan dana mereka ke dalam IPO.

Cara Mendapatkan Saham IPO

Ada (3) cara yang selalu digunapakai oleh pelabur tetapi harus diingatkan risiko atas diri anda sendiri.

Private Placement

Private placement perlu berunding dengan wakil broker dan syarikat bagi mendapatkan slot ini. Dikatakan private placement untuk mereka yang bergelar High Net Wealth person setidaknya mempunyai asset jutaan ringgit. Dikatakan juga private placement bermula minimum RM250,000.

Saham MITI

Beruntung jika anda seorang Bumiputera di Malaysia, ada slot khas dari MITI bagi bumiputera yang ingin memohon saham melalui saluran ini.

Menariknya ini lapisan pertama balloting sebelum syarikat pergi kepada pihak bank.

Boleh baca lengkap di sini: Cara Apply Saham IPO MITI

Mohon Melalui Online Banking

Bagi mereka yang mempunyai modal dan akaun cds, boleh terus memohon melalui online banking. Langkahnya mudah sahaja, tuan puan pergi login online banking kemudian cari bahagian IPO dan terus mohon di situ.

Modal tuan puan akan ditolak dan andaikata tuan puan tidak berjaya mendapat saham IPO tadi, wang modal akan dikembalikan. Jangan risau kerana mereka Cuma pegang modal tersebut hingga waktu balloting diumumkan sahaja.

Cabaran Beli Saham IPO

  • Susah Nak Dapat

Unit saham ini terhad justeru wajarlah jika semua orang nampak peluang mencetak wang dalam pasaran. Tiada satu benda tetap pun dalam pasaran melainkan rezeki dan kita mampu usaha.

  • Risiko hari pertama

Walaupun dikatakan harga IPO akan dibuka tinggi dan melonjak ke paras tak terduga, ada juga yang mengalami hal berbeza. Apabila pasaran dibuka, IPO tersebut terus menjunam ke paras 20-30% kerugian dari harga asal.

Di sini menduga Kemahiran kita sebagai pelabur sama ada terus cut loss atau masih hold the position.

  • Modal untuk dapatkan saham IPO

Seperti kita maklum, umpan kecil sukar untuk dapat ikan yang besar. Analogi ini terpakai untuk permohonan saham secara umum. Sebab itu, kita perlu belajar strategi bagaimana cara menjadikan modal kita efisyen dalam pelaburan.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara beli saham IPO dan strategi pelaburan yang berkesan, pertimbangkan untuk mengikuti kursus pelaburan atau mendapatkan nasihat daripada pakar kewangan yang berpengalaman.

Ini akan membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak dan memaksimumkan peluang kejayaan anda dalam pasaran saham.

123 Comments

  1. Эта разъяснительная статья содержит простые и доступные разъяснения по актуальным вопросам. Мы стремимся сделать информацию понятной для широкой аудитории, чтобы каждый смог разобраться в предмете и извлечь из него максимум пользы.
    Получить дополнительную информацию – https://medalkoblog.ru/

  2. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *